بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِالرَّحِيمِ

mencari NUR IMAN..(^^,)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِالرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Monday, 11 June 2012

Novel dan aku???


Assalamua'laikum...


New entry..no more romantikus duniawi(--.)

Sudah lama aku terfikir untuk menulis novel tapi ia hanya hangat-hangat tahi ayam..Hrm macam tulah selalunya. Baru tulis separuh, give up bila xda idea. Genre yang dipilih sudah pasti romantikus..huhuhu

Tapi since dapat merasai Islam is the way of life, rasa geli pula dengan idea-idea romantikus tak bertempat tu. Kenapa aku cakap macam tu?? Kerana dulu aku tak tahu pasal zina hati ni. Yang aku tahu zina umum yang biasa kita sebut-sebut tu. Idea novel cinta tanpa ikatan yang sah, buat aku rasa malu dengan DIA. Betapa jahilnya aku tentang hukum Allah. Itulah padah bila buat something  ikut pepatah tepuk dada tanya selera..Now,aku rasa tak relevan dah quote tu sebab sepatutnya kita tepuk dada tanya iman pasal jika ramai yang ikut selera habislah nahi mungkar tu dilanggar kan..?

Berbalik pada idea menulis novel, selain aku  ada usaha untuk menulis novel yang lagha ni..sudah pasti karya novel cinta di pasaran merupakan pilihan. Pantang dengar ada yang kata ‘novel ni bestlah’,’novel ni romantik weyh’ atau yang sebangsa dengannya pasti keterujaanku melanda jiwa. Nak bacalah,apa lagi. Diusyarnya member-member nak pinjam baca. Nak beli rasa membazir. Ha, ni lagi satu hal..tau pulak tu membazir. Kelakar betul aku ni. Bila flashback hal-hal masa era jahiliah dulu, macam-macam rasa datang. Tapi satu rasa yang aku begitu bersyukur merasainya adalah INSAF. Akhirnya hidayah tu hadir tanpa diudang. Sedikit-sedikit minat terhadap novel romantikus berkurang. Dulu terasa nikmatnya membaca dan menulis. Tapi sekarang rasa ‘kosong’ cam lagu Najwa Latiff tu…..

Alhamdulillah, sekarang aku masih lagi meneruskan minat aku membaca novel tapi aku tukar genrenya. Lebih kepada novel-novel yang berunsurkan hidup sebagai muslim. Jalan ceritanya masih juga mengandungi cinta, kasih dan sayang tapi semua rasa indah itu dilandaskan kepada dasar Islam yakni kerana Allah. Bukan kerana nafsu atau kehendak semata-semata.  Aku kini lebih jelas dengan definisi cinta. Cinta yang hakiki kepada Allah membuahkan cinta kepada insan sekeliling kita. Ukhwah fillah…=)

Aku juga mula menulis satu karya ‘Tarbiah Cintaku’…Coretan demi coretan dalam TC ini juga mengandungi sedikit sebanyak perjalanan aku bertemu Cinta Ilahi… dimana cinta manusia tak dapat kubanding dengan cintaNYA…..


Berkat Membaca Bismillah

Assalamua'laikum...


New entry..lets start today with basmallah=)

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sunday, 10 June 2012

Mencari dan Mencari

Assalamua'laikum...
 New entry...moga bermanfaat=)

Tika ini,
Aku keliru dengan apa yang aku impi,
Aku menginginkan ketenangan yang hakiki,
Tapi bukan bermakna aku perlu bunuh diri,
Mati dan meninggalkan segala kekusutan duniawi!
Dan bukan juga bermaksud aku perlu lari,
Pergi dari setiap perkara yang merunsingkan aku bilang hari..

Lantas penyelesaiannya aku temui,
Aku perlu mula dari sini,
Mula dengan mencari dan mencari,
Mencari sehingga aku raih cinta sejati,
Cinta yang akan buat aku tidak lagi sakit hati,
Cinta yang akan buat aku rasa tenang biarpun sekali,
Ya…tepat sekali,
Dia yang perlu aku cari..
Hanya Dia yakni ya Rabbi!!!

Aku pasti,
Mencari Allah bukan satu hal yang perlu dikesali,
Mencari Allah bukan perkara yang rugi,
Mencari Allah membuat aku mengenal diri,
Mengenal mengapa aku di sini,
Mengenal apa tugasku kini,
Mengenal siapa yang aku ingin cintai,sayangi….

Ummati…ummati…ummati…
Ini kalimat yang disebut insan yang patut dicintai,
Yang mesti aku sayangi,
Yang perlu aku rindui,
Dia insan yang dikasihi Ilahi,
Dia insan yang meniti hidup dengan taqwa di sisi,
Dia kekasih ya Rabbi..

Jika aku berhenti mencari,
Maka aku dalam saat yang amat rugi,
Kerana mencari cinta Ilahi,
Menjadikan aku belajar menghargai,
Menikmati duniawi untuk kesenangan ukhrawi…

Saturday, 9 June 2012

VERSUS inspirasiku..

Assalamua'laikum...


New entry...loves to share=)

The hardest battle is when you're against yourself...
Ni dia versus yg cbe ak smpaikan...x syok lak lau dapt sorg2 je kan....dpat share kan best...hehehe


Hurm..Sape dia yg minat penulis novel Hlovate tau la tjuk Versus yg aku nk smpaikn ni..ops!!!wait2...ckp sal novel ingat ak nak cite sal cite cinta???xlah..nak sharing2 pe yang ak dpt dariversus walaupn xdela expert mana pon..hurm...Mengubah Haluan Hidup Dengan Pusingan 180 Darjah..

Ok..ni smua aku petik dari versus...jz smpaikan je....hehehe..mana yg dah baca versus tu mesti stuju lau aku kata novel ni patut rmai bli...leh jadikan sumber inspirasi tuk ubah ke arah yg lurus...But ingat,Al Quran still the best kalam ever....

kata Hlovate..buat awak yg mahu berubah,brubahlah walaupon payah...berubahlah ke arah hidup lebih indah...hidup dan masa muda sekali cuma...sanggup nk sia2kan tanpa redhaNYA...???Actually bila baca ni aku sentap...yup,masa muda sekali,rugilah lau blalu tanpa redha DIA...KAN2?? 

VERSUS SAID:
Perubahan kita sehingga dikatakan baik oleh manusia ,bandingannya hanya sebesar kuman pada definisi baik yang mengikut erti hukum Allah sebenarnya...Sungguhlah.Definisi baik yang diletak oleh manusia tak sama dengan definisi baik yang tertulis oleh hukum Allah..

Hurm..macamana nak jadi baik?
Definisi baik itu mudah, beriman kepada Allah.Pendek tapi mantop..yakni buat semua yang Allah suruh ag tinggal semua yang Allah larang...hence,kalau ada benda yang tak settle,maknanya blum cukup baik la tu..
Contohnyer
  • kalau seorg prmpuan tu pakai tudung tapi tak solat,belum cukup baik lagi..
  • sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung,tak cukup baik lagi..
  • sama jugak untuk contoh lelaki..kalau baca al Quran setiap hari  tapi main bola nampak kepala lutut,tak cukup baik lagi.. 
  • and kalau cukup solat lima waktu sehari tapi pegang tangan ank dara org yg bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi....
  • dan yg swaktu dengannya belum cukup cukup baik lagi...(ak tmbah..hehe)
Sebab Allah kata dalam al Baqarah:208
'Masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata...'
Maknanya x bleh la praktis Islam secara juz'ie.Secara berjuzuk2..Mana yang rasa nak buat kita buat,mana yang rasa x nak buat aci redah langgar je...Selagi x embrace Islam sepenuhnya, xcukup baik la namanye tu...

Rasanye sampai ni je la yg aku rsa leh ak share...actually byk lagi tapi apa kata korang baca sndiri...lagi masyuk...huhu

lupe nk bg salam td...wsalam n wallahualam.....=)

...pen:Tarbiah Cintaku 02



Bip..bip…handphoneku bergetar.Seperti biasa, aku menggunakan beep once tone masa aku study. Aku tidak suka diganggu pada waktu datingku bersama dengan buku-buku di depan ku ini. Tapi mesej yang diterima tetap aku buka dan baca. Yalah, risau juga kalau terlepas hal yang penting.

‘Salam Shifa..Sori ganggu..Ni Uwais, leader group Versus kt Cherating. Remember? Sy mntk maf k cz x dpt agihkn hmper yg kte mnag kt awk hr tu. Awk blik awl la. Maf ek..’

Aku terkedu. Uwais? Mana dia dapat nombor aku ni? Setahu aku, hanya dia seorang yang tiada nombor aku kerana seingatku aku tidak tulis nomborku dalam buku dia. Memang kebiasaan bertukar-tukar nombor menjadi adat selepas tamat program. Tapi cara Uwais pandang aku masa di kem membantutkan niatku untuk memberinya nombor phone aku. Mungkin Alia Natasya, penolongnya dalam kumpulan kami yang bagi. Adeih..Nak balas apa ni ? Biar je la. Tapi kenapa sekarang. Sudah 2 bulan kem berlalu.


Usai solat Isyak aku memutuskan untuk study. Latihan addmath jadi pilihan. Subjek yang satu ni memang aku paling lemah sekali. So, Miss Lim memang sudah pesan siap-siap supaya buat banyak latihan. Aku akur kerana tahu kelemahan diri.

Sebelum aku membuka buku, Samsung Galaxy Young kucapai. Handphone ni hadiah dari abah sebab aku dapat score dalam PMR. Tapi usia handphoneku ni baru mencecah 5 bulan. Abah kata abah sengaja bagi lambat . Kalau boleh lepas SPM baru nak bagi tapi aku tidak putus asa memujuk abah setiap hari. Agaknya jemu mendengar ayat yang sama, jadi akhirnya si dia idaman dalam gengaman. Hehe..berjaya trick aku.

Satu mesej kubuka dan kubaca. Mungkin mesej ni sampai masa aku solat tadi. Uwais lagi. Katanya dia risau aku kecil hati dengannya kerana mesejnya yang petang tadi ku endahkan. Alahai Uwais, ketahuilah aku ni bukan jenis yang mudah makan hati dengan hal remeh macam tu. Tapi kesian pula kat mamat ni. Bazir credit 20 sen dia mesej aku.

‘Assalamualaikum Uwais. Maf yek cz br reply msj awk. Sy bru bca msj awk ni. Psl hmper tu, biarlah. Sy x kish. Myb bkn rzki.’

Setelah aku rasa mesej yang ditaip perfect, aku tekan butang send. Dan setelah itu diikuti oleh  mesej-mesej yang seterusnya. Tidak sangka banyak pula perkara yang aku mesejkan dengan Uwais ni. Kononnya jual mahal sangat mulanya. Tup..tup..dekat pukul 10 malam baru stop. Aku rasa kalau diteruskan alamatnya buku addmath tu menangis sendirianlah. Yalah, tuannya dah beralih hati sekejap.
Seriously, first time dalam kamus hidup aku berhubungan dengan lelaki semesra ni. Walaupun hanya sekadar dalam mesej.   Paling aku terkejut, Uwais menyatakan yang nomborku dia ambil dari Sofia. Kusangkakan Alia rupanya Sofia..Macam mana aku boleh miss hal ni. Nasiblah Cik Sofia yang seorang tu member kamcing aku. Kalau tidak memang aku pelangkung kepala budak tu. Elleh, Shifa macam berani…Hehehe


Sudah genap sebulan aku mengenali Uwais melalui mesej-mesejnya. Muhammad Uwais Hafizi bukan calang-calang student di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah,Kuantan. Sudahlah pandai, head prefect pula tu. Aku pula hanya low profile sahaja. Walaupun aku ni pengawas, tapi aku bukanlah berada dalam senarai top 10 of Hot Prefects. Dengan tudung labuh dan lengan baju berkamcing sebagai pakaian sekolah,memang ramai tidak berani dekat. Siap ada yang panggilku ‘Ustazah Bergerak’ bila aku buat rondaan. Tapi aku maintainkan jelah kesabaran. Kalau tidak memang dah melayang separuh iman. Mintak simpang malaikat 44. Sudahlah amal tu kurang,jangan pula pahala yang sikit ni terbang.
Huhuhu…

Penampilanku yang satu ini sering menjadi tanda tanya orang di sekitarku. Uwais juga pernah menanyakan hal yang sama. Bagaimana seorang pelajar di sekolah biasa, maksudnya tanpa aliran agama memilih imej sedemikian. Pelik kata mereka. Bagi aku pula, tiada apa yang nak dipelikkan. Aku rasa selesa macam ni. Along, kakakku yang menuntut di USIM juga berpakaian sepertiku. Tidak aku nafikan Along merupakan salah satu pengaruh mengapa aku memilih jilbab labuh. Lagi pula ,aku mngenakan pakaian sebegini semenjak aku baligh lagi. Kata-kata Along dahulu, lagi mengukuhkan asbab aku berhijab labuh. Aku masih ingat perbualan aku dengan Along pada satu malam tu.


“Kakak ..Along sayang sangat adik Along ni. Kakak tahu kan?”
Kakak, memang menjadi panggilan manjaku di rumah. Malam ini, Along bertanya soalan yang aku kira aneh untuk didengar dari mulut kecilnya itu.Tidak pernah dia bercakap sedemikian. Aku hanya mengangguk. Mataku tidak lepas dari memandangnya. Aku pasti masih ada lagi ayat yang tersimpan. Kemudian dia menyambung lagi.

“Sekarang kakak dah besar. Jadi Along bagi tazkirah sikit boleh tak?” kali ini Alongku tergelak kecil. Mungkin rasa kelakar dengan perkataan tazkirah yang keluar dari mulutnya. Aku tertunduk malu. Aku faham maksud Along. Ya aku dah besar, kerana aku sudah  mengalami kitaran haid seperti semua perempuan yang menginjak ke umur akil baligh.

“Along cakaplah.Akak dengar,” bicaraku pendek.

“Kakak, tahukan bila seorang perempuan mulai period, dosa-dosanya ditanggung sendiri.”  Bunyi ayat Along kali ini lebih serius. Aku mengangguk lagi. Aku pernah dengar Ustazah Halimah bercakap perihal ini. Kemudian, satu beg plastik Along berikan kepadaku.

“Ni hadiah Along untuk kakak. Along sayang semua adik Along, jadi Along tidak mahu adik-adik Along memberatkan saham sebelah kiri. Aurat ni tanggungjawab kita sendiri. Sarung kaki, tudung dan sarung lengan dalam plastik tu hadiah tanda kasih Along pada kakak. Sayanglah kalau solat, puasa settle tapi jaga aurat failed. Betul tak?” Along senyum sambil memelukku. Air mataku menitis. Tidak sangka sampai begitu sekali sayangnya Along kepadaku. Aku tidak rasa rugi mendengar. Aku tahu setiap ajakan Along pasti untuk kebaikanku sendiri. Ya Allah terima kasih kerana kurniakan aku kakak seperti Along ku, Siti Aisha binti Abdullah.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).



...pen: Tarbiah Cintaku 01



“Kakak..dah packing barang belum ? Lusa dah nak pergi ni.”
Suara mak kedengaran dari dapur. Baru sahaja aku nak berkuak lentang di atas katil kesayangan. Adoi!!Keinginanku terbantut. Digagahkan jua untuk bangun.

“Yalah…nak kemas la ni mak..Sikit je barang yang tinggal ni”.
Baju yang bertaburan di atas katil aku lipat dan masukkan ke dalam beg galasku. Terasa malas nak bawa banyak baju ke kem kepimpinan anjuran Kementerian Pelajaran Pahang Sabtu ni. Al maklumlah aku ni memang jenis kera yang tak berapa nak sumbang. Jenis yang tak suka berada di kalangan insan-insan yang asing dari rutinku.

Huh! Akhirnya operasi kemas beg siap. Sebelum mak bising tengok hanger-hanger yang berdamparan di lantai,baik aku simpan. Mak memang pantang kalau anak daranya yang terlebih rajin ni menyemakkan bilik. Silap hari bulan ,lagu-lagu nasihat berkumandang di telinga aku sebulan. Hehe…Faham-faham jelah.

Berbalik kepada kem kepimpinan lusa ni, hanya aku dangan Sofia sahaja yang join Member-member aku yang lain seperi Kinah, Bella dan Sarah tidak ikut serta. Diorang ada program lain. Biasalah, hujung- hujung tahun ni sekolah aku memang suka bagi pelajar peluang mengisi masa cuti dengan berfaedah. Lagi-lagi pelajar form 4 macam aku ni yang bakal menempuhi SPM tahun hadapan. Yup, lagi sebulan aku akan melangkah ke alam sweet 17. A’ah..sweet 17 la sangat..Hehehe


“Arrgh..lenguhnya. Sofia, kau tak penat ke? Aku penat gila la weyh. Apa la En. Zaid tu bagi 15 minit je rehat. Mana sempat nak mandi lagi ,solat lagi…” omelku.

En. Zaid tu Kem Komandan kita orang sepanjang kem di Santuary Resort, Cherating ni berlangsung.  Hari ini hari first kami kat sini. So, bermulalah hari-hari yang bakal mengekokkan aku. Serius,tak suka..

“Relakslah Shifa..Nama pun kem, so redha je lah. Kira okay la ni dapat bilik ada air-cond. Mana nak dapat kem kepimpinan yang selesa habis cam ni..Kau ni, nasib baik kita tak duduk tengah hutan bernyamuk. Shower ….bla…bla…”
Aku menggeleng-gelengkan kepala mendengar celoteh Sofia. Shifa…Shifa…Kan dah kena ceramah Sofia. FOC lagi. Free Of Charge la.

Okay tadi Cik Linda dah bagi list names ahli kumpulan kamu. Sekarang dalam kiraan 10, masing-masing duduk dalam kumpulan . 1..2..”
Suara En.Zaid mematikan lamunanku yang teringatkan rumah. Terkocoh-kocoh aku cari ahli kumpulan. Ni yang leceh ni. Terpaksalah menebalkan muka dan meringankan mulut bertanya. Ahh…awkward.


Sesi taaruf dalam kumpulan bermula. Ni yang aku tak syok ni. Nampaknya sekejap lagi terpaksalah aku keluarkan suara comel aku ni.Eh..Perasan sungguh. Hehe..Masuk lif tekan sendiri la. Macam tak biasa pula.

Berkerut-kerut dahiku mendengar semua ahli kumpulan aku mengenalkan diri. Panjang sungguh nama-nama diorang. Sampai tiga suku kata pula tu. Nak tergeliat lidah menyebutnya. Nama aku pun tak panjang macam diorang. Lagi-lagi mamat yang berdepan dengan aku ni,Muhammad Uwais Hafizi. Tak ke panjang tuuu….

Usai sudah semua perkenalkan diri, sampai turn aku. Ok Shifa..Relaks. Angkat kepala tu .Ingat Cikgu Lia cakap apa, eyes contact…eyes contact…

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama diberi Shifa binti Abdullah. Dari SMK Temerloh. Insya’Allah form 5 tahun depan.”
Hanya guna satu nafas diriku diperkenalkan, Rasanya merah muka aku sebentar tadi. Lantaklah, asal azab aku yang satu tu dah lepas. Tapi bala apa pulak sekarang ni. Mamat depan aku ni nak kena cungkil mata kot curi-curi pandang orang. Malu la sengal.