بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِالرَّحِيمِ

mencari NUR IMAN..(^^,)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِالرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Monday, 11 June 2012

Novel dan aku???


Assalamua'laikum...


New entry..no more romantikus duniawi(--.)

Sudah lama aku terfikir untuk menulis novel tapi ia hanya hangat-hangat tahi ayam..Hrm macam tulah selalunya. Baru tulis separuh, give up bila xda idea. Genre yang dipilih sudah pasti romantikus..huhuhu

Tapi since dapat merasai Islam is the way of life, rasa geli pula dengan idea-idea romantikus tak bertempat tu. Kenapa aku cakap macam tu?? Kerana dulu aku tak tahu pasal zina hati ni. Yang aku tahu zina umum yang biasa kita sebut-sebut tu. Idea novel cinta tanpa ikatan yang sah, buat aku rasa malu dengan DIA. Betapa jahilnya aku tentang hukum Allah. Itulah padah bila buat something  ikut pepatah tepuk dada tanya selera..Now,aku rasa tak relevan dah quote tu sebab sepatutnya kita tepuk dada tanya iman pasal jika ramai yang ikut selera habislah nahi mungkar tu dilanggar kan..?

Berbalik pada idea menulis novel, selain aku  ada usaha untuk menulis novel yang lagha ni..sudah pasti karya novel cinta di pasaran merupakan pilihan. Pantang dengar ada yang kata ‘novel ni bestlah’,’novel ni romantik weyh’ atau yang sebangsa dengannya pasti keterujaanku melanda jiwa. Nak bacalah,apa lagi. Diusyarnya member-member nak pinjam baca. Nak beli rasa membazir. Ha, ni lagi satu hal..tau pulak tu membazir. Kelakar betul aku ni. Bila flashback hal-hal masa era jahiliah dulu, macam-macam rasa datang. Tapi satu rasa yang aku begitu bersyukur merasainya adalah INSAF. Akhirnya hidayah tu hadir tanpa diudang. Sedikit-sedikit minat terhadap novel romantikus berkurang. Dulu terasa nikmatnya membaca dan menulis. Tapi sekarang rasa ‘kosong’ cam lagu Najwa Latiff tu…..

Alhamdulillah, sekarang aku masih lagi meneruskan minat aku membaca novel tapi aku tukar genrenya. Lebih kepada novel-novel yang berunsurkan hidup sebagai muslim. Jalan ceritanya masih juga mengandungi cinta, kasih dan sayang tapi semua rasa indah itu dilandaskan kepada dasar Islam yakni kerana Allah. Bukan kerana nafsu atau kehendak semata-semata.  Aku kini lebih jelas dengan definisi cinta. Cinta yang hakiki kepada Allah membuahkan cinta kepada insan sekeliling kita. Ukhwah fillah…=)

Aku juga mula menulis satu karya ‘Tarbiah Cintaku’…Coretan demi coretan dalam TC ini juga mengandungi sedikit sebanyak perjalanan aku bertemu Cinta Ilahi… dimana cinta manusia tak dapat kubanding dengan cintaNYA…..


No comments: