“Kakak..dah
packing barang belum ? Lusa dah nak
pergi ni.”
Suara mak
kedengaran dari dapur. Baru sahaja aku nak berkuak lentang di atas katil
kesayangan. Adoi!!Keinginanku terbantut. Digagahkan jua untuk bangun.
“Yalah…nak
kemas la ni mak..Sikit je barang yang tinggal ni”.
Baju yang
bertaburan di atas katil aku lipat dan masukkan ke dalam beg galasku. Terasa
malas nak bawa banyak baju ke kem kepimpinan anjuran Kementerian Pelajaran Pahang
Sabtu ni. Al maklumlah aku ni memang jenis kera yang tak berapa nak sumbang.
Jenis yang tak suka berada di kalangan insan-insan yang asing dari rutinku.
Huh!
Akhirnya operasi kemas beg siap. Sebelum mak bising tengok hanger-hanger yang
berdamparan di lantai,baik aku simpan. Mak memang pantang kalau anak daranya
yang terlebih rajin ni menyemakkan bilik. Silap hari bulan ,lagu-lagu nasihat
berkumandang di telinga aku sebulan. Hehe…Faham-faham jelah.
Berbalik
kepada kem kepimpinan lusa ni, hanya aku dangan Sofia sahaja yang join Member-member aku yang lain seperi
Kinah, Bella dan Sarah tidak ikut serta. Diorang ada program lain. Biasalah,
hujung- hujung tahun ni sekolah aku memang suka bagi pelajar peluang mengisi
masa cuti dengan berfaedah. Lagi-lagi pelajar form 4 macam aku ni yang bakal menempuhi SPM tahun hadapan. Yup,
lagi sebulan aku akan melangkah ke alam sweet
17. A’ah..sweet 17 la
sangat..Hehehe
“Arrgh..lenguhnya.
Sofia, kau tak penat ke? Aku penat gila la weyh. Apa la En. Zaid tu bagi 15
minit je rehat. Mana sempat nak mandi lagi ,solat lagi…” omelku.
En. Zaid tu
Kem Komandan kita orang sepanjang kem di Santuary Resort, Cherating ni
berlangsung. Hari ini hari first kami kat sini. So, bermulalah hari-hari yang bakal
mengekokkan aku. Serius,tak suka..
“Relakslah
Shifa..Nama pun kem, so redha je lah.
Kira okay la ni dapat bilik ada air-cond. Mana nak dapat kem kepimpinan
yang selesa habis cam ni..Kau ni, nasib baik kita tak duduk tengah hutan
bernyamuk. Shower ….bla…bla…”
Aku
menggeleng-gelengkan kepala mendengar celoteh Sofia. Shifa…Shifa…Kan dah kena
ceramah Sofia. FOC lagi. Free Of Charge la.
“Okay tadi Cik Linda dah bagi list names ahli kumpulan kamu. Sekarang
dalam kiraan 10, masing-masing duduk dalam kumpulan . 1..2..”
Suara
En.Zaid mematikan lamunanku yang teringatkan rumah. Terkocoh-kocoh aku cari ahli
kumpulan. Ni yang leceh ni. Terpaksalah menebalkan muka dan meringankan mulut
bertanya. Ahh…awkward.
Sesi taaruf
dalam kumpulan bermula. Ni yang aku tak syok ni. Nampaknya sekejap lagi
terpaksalah aku keluarkan suara comel aku ni.Eh..Perasan sungguh. Hehe..Masuk
lif tekan sendiri la. Macam tak biasa pula.
Berkerut-kerut
dahiku mendengar semua ahli kumpulan aku mengenalkan diri. Panjang sungguh
nama-nama diorang. Sampai tiga suku kata pula tu. Nak tergeliat lidah
menyebutnya. Nama aku pun tak panjang macam diorang. Lagi-lagi mamat yang
berdepan dengan aku ni,Muhammad Uwais Hafizi. Tak ke panjang tuuu….
Usai sudah
semua perkenalkan diri, sampai turn
aku. Ok Shifa..Relaks. Angkat kepala tu .Ingat Cikgu Lia cakap apa, eyes contact…eyes contact…
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Nama diberi Shifa binti Abdullah. Dari SMK Temerloh.
Insya’Allah form 5 tahun depan.”
Hanya guna
satu nafas diriku diperkenalkan, Rasanya merah muka aku sebentar tadi.
Lantaklah, asal azab aku yang satu tu dah lepas. Tapi bala apa pulak sekarang
ni. Mamat depan aku ni nak kena cungkil mata kot curi-curi pandang orang. Malu
la sengal.
No comments:
Post a Comment