Bip..bip…handphoneku bergetar.Seperti biasa, aku
menggunakan beep once tone masa aku study. Aku tidak suka diganggu pada
waktu datingku bersama dengan
buku-buku di depan ku ini. Tapi mesej yang diterima tetap aku buka dan baca.
Yalah, risau juga kalau terlepas hal yang penting.
‘Salam
Shifa..Sori ganggu..Ni Uwais, leader group Versus kt Cherating. Remember? Sy
mntk maf k cz x dpt agihkn hmper yg kte mnag kt awk hr tu. Awk blik awl la. Maf
ek..’
Aku terkedu. Uwais? Mana dia dapat
nombor aku ni? Setahu aku, hanya dia seorang yang tiada nombor aku kerana
seingatku aku tidak tulis nomborku dalam buku dia. Memang kebiasaan
bertukar-tukar nombor menjadi adat selepas tamat program. Tapi cara Uwais
pandang aku masa di kem membantutkan niatku untuk memberinya nombor phone aku. Mungkin Alia Natasya,
penolongnya dalam kumpulan kami yang bagi. Adeih..Nak balas apa ni ? Biar je
la. Tapi kenapa sekarang. Sudah 2 bulan kem berlalu.
Usai solat Isyak aku memutuskan untuk
study. Latihan addmath jadi pilihan. Subjek yang satu ni memang aku paling lemah
sekali. So, Miss Lim memang sudah pesan siap-siap supaya buat banyak latihan.
Aku akur kerana tahu kelemahan diri.
Sebelum aku membuka buku, Samsung
Galaxy Young kucapai. Handphone ni
hadiah dari abah sebab aku dapat score
dalam PMR. Tapi usia handphoneku ni
baru mencecah 5 bulan. Abah kata abah sengaja bagi lambat . Kalau boleh lepas
SPM baru nak bagi tapi aku tidak putus asa memujuk abah setiap hari. Agaknya
jemu mendengar ayat yang sama, jadi akhirnya si dia idaman dalam gengaman.
Hehe..berjaya trick aku.
Satu mesej kubuka dan kubaca. Mungkin
mesej ni sampai masa aku solat tadi. Uwais lagi. Katanya dia risau aku kecil
hati dengannya kerana mesejnya yang petang tadi ku endahkan. Alahai Uwais,
ketahuilah aku ni bukan jenis yang mudah makan hati dengan hal remeh macam tu.
Tapi kesian pula kat mamat ni. Bazir credit
20 sen dia mesej aku.
‘Assalamualaikum Uwais. Maf yek cz br
reply msj awk. Sy bru bca msj awk ni. Psl hmper tu, biarlah. Sy x kish. Myb bkn
rzki.’
Setelah aku rasa mesej yang ditaip perfect, aku tekan butang send. Dan setelah itu diikuti oleh mesej-mesej yang seterusnya. Tidak sangka
banyak pula perkara yang aku mesejkan dengan Uwais ni. Kononnya jual mahal
sangat mulanya. Tup..tup..dekat pukul 10 malam baru stop. Aku rasa kalau diteruskan alamatnya buku addmath tu menangis sendirianlah. Yalah, tuannya dah beralih hati
sekejap.
Seriously, first time dalam kamus hidup aku berhubungan dengan lelaki semesra ni. Walaupun
hanya sekadar dalam mesej. Paling aku
terkejut, Uwais menyatakan yang nomborku dia ambil dari Sofia. Kusangkakan Alia
rupanya Sofia..Macam mana aku boleh miss
hal ni. Nasiblah Cik Sofia yang seorang tu member kamcing aku. Kalau tidak
memang aku pelangkung kepala budak tu. Elleh, Shifa macam berani…Hehehe
Sudah genap sebulan aku mengenali
Uwais melalui mesej-mesejnya. Muhammad Uwais Hafizi bukan calang-calang student di Sekolah Sains Sultan Ahmad
Shah,Kuantan. Sudahlah pandai, head
prefect pula tu. Aku pula hanya low profile sahaja. Walaupun aku ni
pengawas, tapi aku bukanlah berada dalam senarai top 10 of Hot Prefects. Dengan tudung labuh dan lengan baju
berkamcing sebagai pakaian sekolah,memang ramai tidak berani dekat. Siap ada
yang panggilku ‘Ustazah Bergerak’ bila aku buat rondaan. Tapi aku maintainkan jelah kesabaran. Kalau tidak
memang dah melayang separuh iman. Mintak simpang malaikat 44. Sudahlah amal tu
kurang,jangan pula pahala yang sikit ni terbang.
Huhuhu…
Penampilanku yang satu ini sering
menjadi tanda tanya orang di sekitarku. Uwais juga pernah menanyakan hal yang
sama. Bagaimana seorang pelajar di sekolah biasa, maksudnya tanpa aliran agama
memilih imej sedemikian. Pelik kata mereka. Bagi aku pula, tiada apa yang nak
dipelikkan. Aku rasa selesa macam ni. Along, kakakku yang menuntut di USIM juga
berpakaian sepertiku. Tidak aku nafikan Along merupakan salah satu pengaruh
mengapa aku memilih jilbab labuh. Lagi pula ,aku mngenakan pakaian sebegini
semenjak aku baligh lagi. Kata-kata Along dahulu, lagi mengukuhkan asbab aku
berhijab labuh. Aku masih ingat perbualan aku dengan Along pada satu malam tu.
“Kakak ..Along sayang sangat adik
Along ni. Kakak tahu kan?”
Kakak, memang menjadi panggilan
manjaku di rumah. Malam ini, Along bertanya soalan yang aku kira aneh untuk didengar
dari mulut kecilnya itu.Tidak pernah dia bercakap sedemikian. Aku hanya
mengangguk. Mataku tidak lepas dari memandangnya. Aku pasti masih ada lagi ayat
yang tersimpan. Kemudian dia menyambung lagi.
“Sekarang kakak dah besar. Jadi Along
bagi tazkirah sikit boleh tak?” kali ini Alongku tergelak kecil. Mungkin rasa
kelakar dengan perkataan tazkirah yang keluar dari mulutnya. Aku tertunduk
malu. Aku faham maksud Along. Ya aku dah besar, kerana aku sudah mengalami kitaran haid seperti semua
perempuan yang menginjak ke umur akil baligh.
“Along cakaplah.Akak dengar,”
bicaraku pendek.
“Kakak, tahukan bila seorang
perempuan mulai period, dosa-dosanya
ditanggung sendiri.” Bunyi ayat Along
kali ini lebih serius. Aku mengangguk lagi. Aku pernah dengar Ustazah Halimah
bercakap perihal ini. Kemudian, satu beg plastik Along berikan kepadaku.
“Ni hadiah Along untuk kakak. Along
sayang semua adik Along, jadi Along tidak mahu adik-adik Along memberatkan
saham sebelah kiri. Aurat ni tanggungjawab kita sendiri. Sarung kaki, tudung
dan sarung lengan dalam plastik tu hadiah tanda kasih Along pada kakak.
Sayanglah kalau solat, puasa settle tapi
jaga aurat failed. Betul tak?” Along
senyum sambil memelukku. Air mataku menitis. Tidak sangka sampai begitu sekali
sayangnya Along kepadaku. Aku tidak rasa rugi mendengar. Aku tahu setiap ajakan
Along pasti untuk kebaikanku sendiri. Ya Allah terima kasih kerana kurniakan
aku kakak seperti Along ku, Siti Aisha binti Abdullah.
"Apabila seorang perempuan itu
sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang
ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
1 comment:
:')
Post a Comment