Assalamualaikum..
New entry lagi..Cinta..love..pyar..ai..sarang???
Awak...
terima kasih kerana pernah hadir di hati,
terima kasih kerana cuba mengenali diri ini,
terima kasih kerana menyayangi diri,
dan terima kasih kerana belajar memahami..
Tapi sayang jodoh tak panjang,
prinsip berbeza jadi penghalang,
saya percaya jodoh Allah pegang,
harap dapat menunggu sampai masanya datang,
dan awak tidak mahu berenggang,
takut cinta, rindu dan sayang hilang..
'Couple itu haram',
bicara sahabat di satu malam,
lantas saya hanya tergamam,
memikirkan hubungan kita dalam-dalam,
saya nekad dalam diam,
biarkan kisah kita terpadam...
Kini kita bukan lagi kawan,
bukan juga menjadi teman,
kita sudah punyai lain haluan,
kerana saya tahu salah berpacaran,
itu hal larangan Tuhan,
saya takut hanyut dilalaikan..
Saya pernah terdetik untuk menunggu,
tapi awak kata tak tahu,
atau sebenarnya tak mahu,
saya keliru dan buntu,
sehingga satu waktu,
saya redha masa berlalu,
mungkin Allah lebih tahu..
Alhamdulillah ya Allah,
kini awak bertunang sudah,
saya juga sudah pasrah,
cuma harap awak berubah,
cintailah si dia kerana Ilah,
agar hadir generasi soleh dan solehah..
(Ya Allah..syukur padamu kerana menyedarkanku saat lekaku..ilmu tidak pernah mengecewakanku..kerana ilmu aku jadi tahu dunia hanya satu persinggahan...satu perjuangan untuk mencariMU Tuhan..benar, hal aku dan dia sudah bertahun berlalu..kini aku bahagia kerana tenang mengingatiMU..tiada cinta seindah cintaMU..tiada kasih sejernih kasihMU..tiada rindu sehebat rinduku padaMU..jangan biarkan aku lupa, leka dan lalai mengingatimu......cukup sekali aku kecundang, ya Allah...izinkanku aku berpeluang merasai cinta si pemilik tulang rusukku hanya keranaMU...AMIN...)

No comments:
Post a Comment