Sahabat..
Hari ini rindu itu menjengah lagi..
Hari ini rasa yang sama itu bertandang lagi..
Hari ini tetap berlalu seperti semalam..
Dan aku masih melihat kau dari jauh..
Sama seperti semalam..
Sama seperti kelmarin..
Benar,
Aku mencintaimu kerana DIA..
Aku menyayangimu juga kerana DIA..
Aku terus mengasihimu kerana DIA..
Tapi mungkin rasa ini tidak sampai ke pendengaranmu..
Tidak dapat kau baca melalui statusku..
Tidak kau fahami melalui sikap diamku..
Benar,
Aku yang bersalah dalam hal ini..
Aku yang tersilap membuat percaturan..
Aku yang berdosa meninggalkanmu..
Namun percayalah tidak pernah sesaat..
Tidak pernah sesaat itu berlalu tanpa penyesalan..
Tidak pernah sesaat itu diharungi tanpa kesayuan..
Dan,
Kejujuran ini menyakitkan diriku..
Kebenaran ini melukakanku..
Kenyataan ini sama sekali menamparku..
Kau yang bersamaku susah..
Kau yang tersenyum saat ku senang..
Kau yang selalu mementingkanku..
MAAFKAN AKU...
MAAFKAN AKU...
MAAFKAN AKU...
SUMPAH!!!Aku RINDUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 comment:
Kalau ko baca post ni..ketahuilah aku nak sangat contact ko..tapi aku tak da alasan kenapa aku menghilang..aku tak boleh bagi apapun alasan..kerana aku berkawan dengan kau tanpa ada alasan..sekali kawan selamanya kawan...=')
Post a Comment